HYDRATING WATER BASED BY ALORA SKINZ (ALOE VERA)



Diformulasikan Dengan


*ALOE VERA*

Image result for aloe vera

5 KELEBIHAN ALOE VERA UNTUK KULIT WAJAH

Kelebihan aloe vera tidak dapat disangkal memandangkan ia sering dijadikan antara pilihanutama dalam mengekalkan kecantikan, terutamanya dalam kalangan wanita. Aloe vera atau dalam bahasa melayunya, lidah buaya dapat memberi 1001 kelebihan seperti melebatkan rambut dan merawat luka pada kulit badan. Disebabkan ciri ciri aloe vera yang istimewa, ia turut menjadi pilihan popular pada masa kini untuk membuatkan kulit muka nampak lebih cantik dan sihat.
Jadi kepada wanita yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kesihatan kulit, anda boleh lah teruskan membaca artikel ini kerana kami telah senaraikan kelebihan kelebihan Aloe vera di sini!
1.Melembabkan kulit



Image result for kulit lembab
Ini adalah antara kelebihan utama aloe vera yang diketahui umum. Ia merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang mahukan kulit kelihatan lebih lembab dan segar. Kadar air yang tinggi dalam aloe vera membolehkan ia menjadi solusi yang berkesan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka dan badan yang terlalu kering. Selain itu, jika dipakai sebagai asas sebelum mengenakan solekan, kelembapan pada kulit dapat dikekalkan, dan seterusnya tidak akan menyebabkan kulit kembali kering. Jadi tidak hairan lah jika aloe vera sememangnya menjadi pilihan utama untuk melembabkan kulit wajah. Paling penting, penggunaan aloe vera pada wajah tidak akan membuatkan liang pori anda tersumbat seperti sesetengah krim pelembab di luar sana

2.Mengurangkan jerawat

Image result for kulit jerawat


Ucapkan selamat tinggal kepada jerawat kerana aloe vera mampu untuk mengatasi masalah ini! Jika selama ini anda tercari cari cara untuk mengatasi masalah jerawat dan ingin mendapatkan kulit yang lebih bersih, anda boleh mencuba aloe vera. Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mempunyai sifat antimikrobial yang berupaya untuk membunuh bakteria, lantas membantu dalam mengurangkan penumbuhan jerawat serta dapat memnyembuhkannya.


3.Merawat parut jerawat

Image result for parut jerawat

Sejak turun temurun, aloe vera telah digunakan untuk melajukan proses penyembuhan luka, termasuk luka dari kesan terbakar. Sifat ia yang mampu untuk menpercepatkan proses penggantian sel kulit sebanyak 8 kali ganda, menjadikan kesan luka sembuh lebih laju. Jadi, bagi mereka yang ingin mengurangkan kesan parut jerawat pada wajah, anda boleh cuba aloe vera sebagai pilihan alternatif.


4.Membantu masalah penuaan kulit

Image result for penuaan kulit

Aloe vera mempunyai kandungan vitamin C dan E serta beta kerotin yang tinggi, jadi ia mampu untuk melambatkan proses penuaan kulit muka. Kulit juga akan kelihatan lebih anjal dan muda jika digunakan secara konsisten dan berterusan. Bagi wanita di luar sana yang mempunyai masalah penuaan kulit, anda mungkin boleh cuba beralih kepada aloe vera. Pastinya anda akan kelihatan muda 10 tahun selepas ini.


5.Melegakan selaran matahari

Image result for selaran matahari


Antara kelebihan aloe vera ialah ia dapat melegakan selaran matahari yang seringkali menjadi masalah utama wanita. Cirinya yang sejuk dan ‘cooling’ dapat membantu dalam melegakan kulit jika terkena selaran matahari. Sifat aloe vera yang dapat menghidratkan kulit juga mampu untuk menjadi lapisan ekstra yang melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan, lantas menyebabkan kulit pulih lebih cepat setiap kali kulit mengalami selaran matahari.


Comments

Popular Posts