Tips Penjagaan Kulit Wajah. Bebas Jerawat, Jeragat Dan Cela!
Mungkin ada diantara kita yang suka beranggapan bahawa kebanyakkan orang Korea mesti akan menggunakan teknologi terkini iaitu pembedahan plastik untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan mulus. Haa nampaknya anda silap! Jangan main serkap jarang sahaja! Sebenarnya mereka mempunyai rutin harian tersendiri. Jom kita tengok diantara rutin-rutin harian yang mereka amalkan. 1. Minum teh hijau sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari. Kaedah ini mampu membuat kulit anda bebas dari jerawat kerena ia mempunyai antioksidan yang sangat bagus. 2. Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan